Ais krim malaysia ini amat digemari kanak-kanak, walaupun begitu orang dewasa pun amat menyukainya terutama pada waktu tengahari.
Ais Krim Malaysia perisa asam boi |
Esok Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan Karnival DBP sempena menyambut hari ulang tahun DBP yang telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Bukit Chandan, Johor Bahru. Sekarang DBP telah pun mempunyai bangunan yang tersergam indah di Jalan Dewan Bahasa. Bahagian Komunikasi Korporat telah mempelawa setiap bahagian untuk turut serta dalam membuat jualan untuk menceriakan suasana. Aku juga ingin turut serta dalam karnival tersebut. Memandangkan staf di Ptd. Jabatan Penerbitan tidak ramai, lantas aku merancang untuk menjual barangan kering seperti kekacang, keropok bantal, kuaci biji matahari dll. Aku juga telah membeli meja tambahan RM5.00 untuk aku menjual barangan peribadiku seperti bebola sotong, nugget, sosej dan juga Ais Krim Malaysia perisa asam boi dan kacang hijau. Di sini aku sertakan resepi untuk membuat bahan Ais Krim Malaysia perisa asam boi.
Bahannya
Asam boi merah
Asam boi putih
Gula kasar
Air
(Kuantiti terpulang pada anda)
Masukkan air ke dalam bekas yang agak besar.
Panaskan air. Masukkan asam boi merah, asam boi putih dan gula.
Biarkan hingga betul-betul masak dan menggelegak.
Sejukkan apabila telah betul-betul masak.
Apabila telah sejuk masukkan ke dalam plastik dan masukkan juga sebiji dua asam boi ke dalam plastik tersebut.
Ikat dengan padat dan ketat.
Masukkan ke dalam peti sejuk.
Nah!! leganya apabila anda betul-betul dahaga.sedapnya..........
Pernah diterbitkan pada pada 19/06/13 4:13 PTG dalam seleranya.blogspot.com, tetapi disalin semula kerana blog yang lama ada masalah teknikal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan