Aku amat menyukai nasi lemak. Boleh dikatakan 3 kali seminggu aku pasti akan makan nasi lemak. Kadang kala aku membuat nasi lemak di hujung minggu. Anak-anakku juga menggemari nasi lemak. Bagi ibu-bu muda yang ingin membuat nasi lemak, di sini disertakan resepinya.
Bahan Untuk Nasi Lemak
3 pot beras
sedikit air
santan
secubit garam
1/4 inci halia
sehelai daun pandan
Cara:
Basuh beras 2-3 kali.
Masukkan air mengikut sukatan (kurangkan sedikit supaya tidak lembik)
masukkan santan, garam, halia dan daun pandan.
Tanak sehingga masak.
Bahan untuk Sambal Tumis
Ikan bilis - terpulang mengikut jumlah
Cili kering 15 - 20 biji
Bawang besar - 2 ketul
Bawang kecil - 5 - 6 biji
Minyak masak
Garam
Gula
Asam jawa
Cara:
Cili kering direbus hingga lembut. Basuh dan buang bijinya. Kisar bersama bawang besar 1 biji, bawah kecil sehingga lumat.
Goreng ikan bilis sehingga setengah garing dan asingkan.
Panaskan sedikit minyak. Masukkan cili yang dikisar. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau sehingga rata dan sebati. Masukan garam, gula, air asam jawa. Apabila betul-betul masak masukkan kepingan bawang besar yang telah dipotong bulat.
Sayur Kangkung Goreng
Bahan:
Sayur kangkung
Bawang kecil 2 biji
bawang putih 1 ulas
ikan bilis
Cara:
Bawang kecil, bawang putih dan ikan bilis ditumbuk halus.
Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik baunya.
Masukkan sedikit garam. Kemudian masukkan sayur kangkung. Kacau sehingga sebati. Apabila sudah sebati bolehlah diangkat.
Telur direbus dan dibuang kulit. Potong dua.
Timun di potong kecil.
Kacang tanah digoreng bersama ikan bilis halus. Setelah masak masukkan sedikit garam dan gaul.
Pernah diterbitkan pada 19/05/13 2:03 PG dalam seleranya.blogspot.com dan diterbitkan semula kerana ada masalah teknikal.