Di hari raya aidil adha tahun 2021 ini asyik makan ayam dan daging sahaja. Nasib baik dalam tempoh PKP, tidak dibenarkan keluar rumah rentas daerah mahupun negeri. Masak dan makan utk orang dalam rumah jelah...
Sehari sebelum raya masak sup tulang, pada hari raya pertama buat rendang ayam lawan dengan lemang dan nasi impit. Raya kedua buat rendang daging sebab rendang ayam sudah habis. Kebetulan dalam peti ais ada ikan kembung 4 ekor, maka terfikir nak masak ikan kembung masak pindang. Selain rasanya yang sedap sebab dalam masakan tersebut mempunyai aroma yang harum dan makanan tersebut amat menyihatkan sebab tiada kalesterol akan berlaku...