Selasa, 9 Jun 2020

Ayam Masak Merah




Ayam masak merah ini sedap dimakan dengan nasi minyak ataupun nasi putih.  Selalunya jika majlis kahwin ayam masak merah menjadi pilihan dalam menu bersama nasi minyak atau nasi beriyani.



Ayam Masak Merah
 
Bahan:

1/2 ekor ayam (terpulang jika ramai buatlah seekor ayam)
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/4 inci halia
2 biji buah tomato
4-5 sudu besar sos tomato
minyak masak 4-5 sudu
2 sudu cili kisar (cili kering yang dikisar jika hendak pedas sedikit)
Garam secukup rasa
1/2 sudu gula
2 keping asam keping

Cara:

1.  Ayam dibasuh bersih.   Goreng ayam  (jangan terlalu masak) angkat dan asingkan.
2.  1 biji bawang besar dihiris bulat-bulat atau setengah bulat.  Asingkan.
3.   Dua biji bawang besar, bawang putih, halia, buah tomato dikisar halus (campur sedikit air).
4.  Tumis bahan yang telah dikisar tadi.  
5.  Masukkan cili kisar. 
6.  Masukkan tomato sos. Gaul hingga sebati.
7.  Masukkan ayam, gula, asam keping.  Gaul lagi hingga ayam sebati dengan kuahnya.
8.  Masukkan garam secukup rasa.
9.  Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris bulat-bulat atau setengah bulat.
10.  Gaul lagi hingga nampak warna agak gelap sedikit.
11.  Jika anda suka yang berkuah, jangan masak terlalu lama.  

Letakkan di dalam bekas.  Untuk menambahkan seri pada ayam masak merah, potong cili besar bentuk bunga dan letakkan sedikit daun salad di atas masakan anda.
Sedap dimakan bersama nasi putih.

Selamat mencuba.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ikan Kembung Masak Pindang

 Di hari raya aidil adha tahun 2021 ini asyik makan ayam dan daging sahaja.  Nasib baik dalam tempoh PKP, tidak dibenarkan keluar rumah rent...